LARGE SMALL Video Size:
The latest version of Adobe Flash Player is required to watch video. Get Flash Now
An update to Veoh Web Player is required to watch this   video.
This update improves video playback performance and also includes many quality and stability enhancements. Update Web Player

Comments

ANAK PONTIANAK

ANAK PONTIANAK

TV SERIES

  • Prev
  • Next
Advertisement
  • bersatu


    by:
    shamieza
    views:
    273
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
  • Bisa


    by:
    shamieza
    views:
    385
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
  • Nestapa Part 1


    by:
    shamieza
    views:
    210
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
  • Mia kini belajar di kolej. Kejadian dia menghilangkan diri tidak berlaku lagi. Mia bermimpi berjumpa Meriam, Bayang dan Laila dan latihan terakhirnya. Mia tersedar bila dikejutkan Molin yang hairan mendengar gurindam yang dinyanyikan oleh Mia. Satu kejadian ragut berlaku dan tanpa disedari Mia punya kuasa luar biasa dan dapat menangkap pencuri. Dia tidak tahu kejadian itu telah dirancang. Kemudiannya dia mendapat panggilan pelik dari seseorang yang tidak dikenalinya, Suria. Suria minta Mia pergi ke suatu tempat.


    by:
    shamieza
    views:
    201
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
  • Mia didapati selalu hilang dari asramanya. Ini membimbangkan Molin dan Hakim, ibubapa Mia. Malah, Mia sendiri tidak ingat apa yang berlaku ketika dia hilang. Ada yang sangka Mia dilarikan bunian. Molin pula curiga yang Mia mungkin keluar malam. Sebenarnya Mia dibawa ke suatu tempat bertemu Meriam, Bayang dan Laila. Dia adalah waris Meriam. Mia mula mengalami perubahan pada dirinya. Sewaktu perlawanan bola baling diadakan, kelihatan Mia bermain dengan agak luarbiasa


    by:
    shamieza
    views:
    308
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
  • Linda temankan Mia berjumpa keluarga Tok Siddiq. Mia dikenalkan dengan Zilin, anak Tok Siddiq dan anak anaknya, Jehan dan Jes serta Tok Salmi, isteri Tok Siddiq. Zilin hairan macamana Mia boleh tahu tentang keluarga Meriam dan tidak Molin tetapi dia janji untuk pujuk Tok Siddiq menyerahkan dokumen itu pada Mia. Tok Siddiq enggan berikan kerana janji 15 tahun lalu. Dalam masa yang sama Mia ternampak suatu bayang yang menakutkannya di rumah Tok Siddiq. Jehan dan Jes buat rancangan tolong Mia dapatkan dokumen itu bila Tok Siddiq tiada di rumah. Manakala Tok Salmi memberitau ayahnya dia telah berjaya menemui waris Meriam yang mereka cari.


    by:
    shamieza
    views:
    236
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
  • Mia bertemu Suria di kedai buku ‘Bayang Bayang’. Kedai itu nampak pelik dan lebih memeranjatkan Mia, gambar bayang bayang yang menghiasi pintu depan kedai kelihatan hidup. Suria mengeluarkan ‘buku teladan’ dan apabila dibuka terdapat sebuah kotak berukir. Dia berikan pada Mia dan beritau hanya waris terpilih saja yang boleh membuka kotak itu. Suria juga beritau cerita sebenar keluarga Mia tetapi Mia tidak percaya. Balik ke rumah, Mia cuba membuka kotak itu. Setelah beberapa kali gagal, akhirnya Mia berjaya buka kotak yang berisi ‘Batu Mulia’. Mia juga mula mengalami bayangan yang hanya dia saja nampak. Sewaktu mengambil gambar keluarganya melalui kamera handphone dia ternampak seorang lelaki yang berparut di dahi berdiri di antara Molin dan Anika. Bila lihat betul betul, lelaki itu tiada.


    by:
    shamieza
    views:
    400
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
  • Mia menghadiri perkahwinan kakak Fiza. Di situ Mia berkenalan dengan Faizal. Berlaku satu rompakan di rumah pengantin dan sewaktu Mia mengejar perompak, dia tiba tiba bertukar menjadi Pontianak apabila terlalu marah. Kejadian ini disaksikan oleh Hasni. Hasni mula takut pada Mia. Mia terpaksa jelaskan pada Hasni apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya dan kejadian dia selalu hilang sewaktu sekolah dulu. Mia dan Hasni singgah di rumah Tok Ma. Mia hairan melihat Tok Ma yang pucat bila ditanya tentang siapakah Meriam, Maria dan Mulia. Mia mendesak Tok Ma beri jawapan tetapi gagal


    by:
    shamieza
    views:
    371
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
  • Mia bawa Hasni pergi kedai ‘Bayang Bayang’. Mia terkejut melihat dua orang peragut yang yang ditangkapnya. Mereka sebenarnya adalah keturunan Meriam. Kejadian ragut itu dirancang untuk melihat sejauhmana kuasa Mia dan samada musuh Meriam mengekorinya. Pak Uri dan Adi beritau tentang kisah Meriam dan musuhnya iaitu keturunan Sukir Maluk. Sukir Maluk mahukan kuasa batu mulia dan hanya satu cara saja untuk dapatkannya iaitu dengan membunuh Mia. Mia sedar dia memang cucu Mulia, cicit Meriam. Tok Ma tak boleh beritau Mia cerita sebenarnya kerana telah berjanji dengan suaminya Tok Pa untuk merahsiakan dari Molin. Tok Ma suruh Mia berjumpa dengan Tok Siddiq, adik Tok Pa yang menyimpan semua dokumen tentang Molin dan hanya akan keluarkan sekiranya Molin sendiri yang minta.


    by:
    shamieza
    views:
    312
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
  • Jiran Hasni, Aunty Ratna yang sepatutnya pergi menonton wayang bersama kawannnya tiba tiba hilang. Mia yang asyik menonton TV di sebuah kedai mamak, ‘ternampak’ Aunty Ratna diikat dan diheret di kaca TV. Mia dan Hasni cuba menyiasat dan mendapati suami aunty Ratna, Shan mungkin tidak sebaik yang disangka. Dalam masa yang sama, Linda cuba buat Anika percaya Mia punya kuasa istimewa dan mahu membuat rawatan ‘hypnosis’ ke atas Mia untuk buktikan Mia bukan membayangkannya saja.


    by:
    shamieza
    views:
    264
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
  • Dengan bantuan Jehan dan Jesi, Mia berjaya dapatkan dokumen ibunya, Molin. Ketika itu Tok Salmi masuk dan terjah mereka. Tok Salmi marah dan berlaku pergelutan di mana Mia yang marah bertukar menjadi Pontianak di depan Tok Salmi. Tiba tiba Salmi tak sedarkan diri. Apabila Salmi beritau pada Tok Siddiq apa yang berlaku tadi, Tok Siddiq tak percaya kerana dokumen itu masih ada dalam almari. Bila Mia meninggalkan rumah itu suatu lembaga menyerangnya. Tiada siapa yang nampak dengan siapa dia bertarung. Peliknya apabila Tok Siddiq menyapa Salmi di jendela yang melihat Mia pergi, lembaga itu terus hilang. Kemudian, Mia berjumpa Faizal yang membawanya singgah di rumah pakciknya. Bila diajak masuk Mia terasa ketakutan yang amat sangat dan tak jadi masuk. Di pintu masuk rumah pakcik Faizal, tergantung satu gambar sawah padi yang sebenarnya milik ‘Sukir Maluk’.


    by:
    shamieza
    views:
    233
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
  • Jiran Hasni, Aunty Ratna yang sepatutnya pergi menonton wayang bersama kawannnya tiba tiba hilang. Mia yang asyik menonton TV di sebuah kedai mamak, ‘ternampak’ Aunty Ratna diikat dan diheret di kaca TV. Mia dan Hasni cuba menyiasat dan mendapati suami aunty Ratna, Shan mungkin tidak sebaik yang disangka. Dalam masa yang sama, Linda cuba buat Anika percaya Mia punya kuasa istimewa dan mahu membuat rawatan ‘hypnosis’ ke atas Mia untuk buktikan Mia bukan membayangkannya saja.


    by:
    shamieza
    views:
    285
    added:
    2 yrs ago
    language:
    Malay
Advertisement